Saat entry ni ditulis(3/1/2016), ibu dah berjaya putus susu or Bahasa org putihnye wean off zafra for almost 2 weeks dgn jayanye.
Dan maknanye berjaya full breastfeed (bf) zafra utk 2 thn 3 bulan.
Tapi sbb idea sekerat jalan utk tulis masa tu so ibu simpan dlm draft je la.hihihi.ni idea dtg balik ibu sambung balik menulis ye.hopefully boleh guna utk anak yg seterusnye.takut ibu lupeπ
Sedih mmg sedih nak putus susu.yela dua tahun kot ibu berjaya susukan sendiri anak tetibe nak putus allah je yg tahu betapa sedihnye nak ceraikan susu nie.dan saat paling sedih bila kadang2 zafra buat2 cium dada ibu konon nak bau susu.
Dan nak putus susu ni bukan perkara mudah.mcm mana bnyknye halangan masa nak fully bf mcm tu gakla susahnye nak wean off ni.mcm2 kot petua ibu ikot.tu belum lg saat ibu xsampi hati bila kakak nangis malam2 nak susu.so dlm kental last2 lebur gak perasaan.n then suma tips berterabur jatuh kat lantai.
Actually bnyk gile petua ibu ikot nak putus susu.antaranya:
1) guna garam
Masa ikot petua nie.mmg habis bersepah la katil dgn garam.haha.dah satu hal tido dgn garam ibu n papa.tp petua ni gagal sbb kalau tgh2 malam zafra bgn nak susu n then garam dah berterabur atas katil so xde effect.zafra pon bahagianye menyusu semula.
2)guna asam jawa
Masa ikot petua nia.almost 3 hari gakla zafra xmenyusu.ibu ingt dah berjaya dah la time tu.tp nan hadoo.masuk hari ketiga dia lg pandai.dia akan jilat2 sampai rs masam tu hilang pastu sambung susu balik.so tips ni pon kelaut.hahaha.
3) guna lada hitam
Tips ni xberjaya langsung.sbb lada hitam kan serbuk.belum sampai kat katil serbuk tu dah berterbangan.plus dpt hadiah nenen ibu yg pijo.hahaha.
4) guna panadol
Tips ni ibu xsampai hati nak guna.penah hancurkan panadol tp nak letak tu x sampai hati sbb tahu paracetamol xbaik utk budak.
5) guna minyak gamat yg berangin.
Yes.seminggu guna tips ni.dan hasilnye..tadaaa..alhamdulillah zafra dah berjaya wean off.kalau nak guna tips ni make sure minyak tu budak boleh makan taw.mmg diorg xnak langsung.first mungkin sbb bau susu dah xde kot.yg ada bau gamat je.busuk.hahaha.setiap kali zafra minx ibu siap sapu2 depan zafra.terus zafra ckpp eii picyyy.no.lama2 keinginan nak menyusu tu dah xde.
Selain tu nak putus susu ni kene bnyk kali kuatkan hati n bersabar.mmg zafra agak cranky bila nak putus susu.nangis xhenti.as a mak lgla sedih bile tgk anak kau nangis minx susu.tp papa bnyk motivate ibu pujuk hati ibu.ckp actually zafra just nak oral pleasure je.selain pakai tips2 letak mende bukan2 tu actually here some advice yg ibu guna sebelum wean off zafra.
1) husband kene bnyk bg support.
Kdg2 mmg down gile2 bila nak ptus susu ni.satu sbb emosi.bila bf ibu rs zafra sgt2 attach sgn ibu.mcm mana merajuk ke ibu marah ke nak tido zafra tetap akan carik ibu.tp bila nak wean off akan rs after this anak akan boleh independent sendiri bila lapo.tu yg sedih.sbb tu kene ada husband yg sentiasa bg moral support.n Alhamdulillah papa adalah manusia yg terbaik yg xpenah failed support ape pon yg ibu buat.love you papaππ
2) fizikal yg mantap.
Hahaha.time nak wean off antara waktu mencabo ialah waktu tgh malam.sbb dah terbiasa kalau anak nangis just selak je.terus settle.tapi bila nak wean off korg xboleh buat mcm tu.kene sacrifice sikit bgn pujuk2 anak n buat susu.walaupun mata cam geli2 nak bukak n bantal memanggil2 suh baring.mmg betul dua minggu nak wean off adalah tempoh paling mencabo dlm hidup.hahaha.
3)jgn wean off terus.
Ada sesetengah blog or org yg aku jump advice jgn bagi terus.means jgn pagi pg n mlm.tp bila tanya paed kat sini diorg advice buat step by step.means seminggu korg try dulu utk wean off masa waktu siang.bila anak dah berjaya xmenyusu waktu siang baru sambung waktu malam.sbb kalau putus terus korg akan buat anak tu feel very depressed.yela dua tahun relationship tu korg terus xnak bg langsung xke meroyan anak kau.
4) selalu pujuk anak.
Masa nak wean off tu selalu peluk anak.pujuk n ckp.ape yg korg buat ni for their own good.korg bukan xsygkan dia.tp sbb terlalu syg la korg kene wean off.ini masa utk anak korg belajar berdikari.lama2 anak akan terpujuk n percayala diorg sendiri akan paham.
5) jgn gatal2 offer balik.
Bila dah berjaya wean off dlm sehari dua.kalau anak ok jgn pulak korg tetibe gatal offer kat anak balik.hati kene kental n cekal n fikir this is for your own daughter/son good.
6)berlapang dada n think positif
Setiap kali nak buat perkara betul mmg normal la korg akan dgr suara2 jahat ckp betul ke keputusan korg.xjahat sgt ke nak buat.xtakut ke nanti anak xsayang.frankly speaking ms mula nak wean off ibu takut kalau lepas ni mesti zafra dah xperlukan ibu lg dlm hidup zafraππ.tp sebenarnye tu hanya mainan emosi semata2.zafra is still zafra.yg masih carik ibu masa mula2 nak tido n bgn tido.xkurang pon rs syg zafra kat ibu.so sila buang jauh2 perasaan berbelah bagi tu ye.
7)bnyk2 berdoa n tawakal pda Allah
En husbeng selalu ckp,yg penting kita dah usaha.berjaya atau x kita serah pda Allah.kalau kita rasa niat kita baik inshallah Allah akan permudahkan segalanya.ada org ckp dgn aku 2 years is too early utk wean off mcm xberhati perut je nak stopkan bf anak umur 2 tahun.tapi bila aku bgtahu paed kat sini (qatar) dia siap sebut potongan ayat dlm al quran sendiri dah ckp susukan anak sampi 2 tahun.so sape kita utk ragu ape yg Allah dah bgtahu mmg terbaik utk anak kita.keputusan aku utk wean off zafra is the best decision katanya.sbb anak lepas dua tahun diorg minx susu ibu or breastfeed bukan sbb lapo tp more than oral pleasure sdgkan mende tu xbagus utk gigi diorg.kemungkinan utk jd jongang tu ada.ni bukan aku yg ckp diorg yg ckp so kalau salah maksudnye paed tu membongak akula tuπ.so time tu auk mcm lg kuat utk wean off zafra terus.
Tu je kot tips nak bg.yg aku guna sepanjang nak wean off zafra.
So finally berakhirla,breastfeeding journey ibu utk zafra.mmg payah mmg susah tp bila pikir2 balik sgt manis utk ibu kenang.ibu harap zafra halalkan ape yg ibu dah termampu bg utk zafra.ibu dah cuba yg terbaik.n ibu halalkan setiap titik susu ibu utk zafra.semoga zafra membesar jd anak yg solehah,baik ,sihat n berjaya dunia akhirat.i love you sooo much zafra.ππ
Harap2 sepertimana ibu berjaya susukan zafra utk dua tahun yg penuh liku n ranjau ni,mcm tu jugala ibu berjaya utk susukan adik2 zafra yg lain.Amin.
Ok tu je.k bye.
Tq sudi baca.π