Ok ibu dah bnyk kali masak nasi ayam.tp setiap kali masak setiap kali rasa lain..haha.padahal dulu kemain tok ayah siap jual nasi ayam kot satu ari seratus ekor ayam.tp anak dia masak nasi ayam sedeyy.so ari ni ibu nak tulis siap2 resepi nasi ayam.gambar sorry sbb sedap sgt xsempat nak amik plus kalau ibu tetibe rajin nak tulis resepi ibu masak end up mesti xsedap lauk tu last2.muahaha.
Resepi nasi
Beras 2 pot
Air 3 pot
Marjerin
Serai sebatang
Bawang putih 3 ulas
Halia 2 inci
Serbuk maggi ayam 3 sudu
Garam
Basuh beras n mcm biasa n campurkan 3 pot air.
dlm masa yg sama,panaskan kuali,Cairkan marjerin.masukkan serai bawang putih n halia n tumis sampai naik bau.masukkan serbuk maggi 3 sudu.n letak air dlm satu senduk.bila dah mendidih.campurkan bhn yg dimasak td kedlm rice cooker.masukkan sedikit garam.masak nasi mcm biasa
Ayam nasi ayam
Ayam separuh bahagian
Bawang putih
Halia
Air
Rebus ayam bersama air bawang putih + halia dlm 20-25 mins.
Bila dah agak masak tapiskan ayam.
Perap ayam dgn sos kicap selama 10-15 mins.
Panaskan minyak.goreng ayam.bila dah garing.ketepikan.
Sos kicap
2 sudu minyk bijan
2 sudu oyster sos
2 sudu kicap manis
2 sudu gula
1 senduk sup ayam
Satukan semua bahan.siap.
Sup ayam
Sup bunjut
Bawang goreng
Daun sup
Air lebihan rebusan ayam td ditambah sup bunjut.bila dah agak mendidih masukkan perasa n garam secukup rasa.dah siap hidangkan bawang goreng dan daun sup.
Sos nasi ayam
Lada merah 2 batang
Bawang putih 4 ulas
Serai sebatang
Halia 2 inci
Limau 2 biji
2 senduk sup ayam
Gula 2 sudu
Serbuk perasa
Blend lada merah+ bawang putih+serai+halia+perahan limau+2 senduk sup ayam.
Panaskan kuali.masukkan bahan yg diblend td dgn guna api sederhana.bila dah pnas masukkan serbuk perasa + gula.
Ok taraaa siap...hidangkan dgn timun daun salad n also tomato.step dia nampak mcm pening tp senang yg amat.dlm setengah jam dah siap dah kau punya nasi ayam.bak kata ayah masakan lauk org pemalas๐.selamat mencubaa!!
Tq sudi baca.