Pages

Wean off

Bismillahirahmanirahim.

Saat entry ni ditulis(3/1/2016), ibu dah berjaya putus susu or Bahasa org putihnye wean off zafra for almost 2 weeks dgn jayanye.
Dan maknanye berjaya full breastfeed (bf) zafra utk 2 thn 3 bulan.

Tapi sbb idea sekerat jalan utk tulis masa tu so ibu simpan dlm draft je la.hihihi.ni idea dtg balik ibu sambung balik menulis ye.hopefully boleh guna utk anak yg seterusnye.takut ibu lupe😁

Sedih mmg sedih nak putus susu.yela dua tahun kot ibu berjaya susukan sendiri anak tetibe nak putus allah je yg tahu betapa sedihnye nak ceraikan susu nie.dan saat paling sedih bila kadang2 zafra buat2 cium dada ibu konon nak bau susu.

Dan nak putus susu ni bukan perkara mudah.mcm mana bnyknye halangan masa nak fully bf mcm tu gakla susahnye nak wean off ni.mcm2 kot petua ibu ikot.tu belum lg saat ibu xsampi hati bila kakak nangis malam2 nak susu.so dlm kental last2 lebur gak perasaan.n then suma tips berterabur jatuh kat lantai.

Actually bnyk gile petua ibu ikot nak putus susu.antaranya:

1) guna garam
Masa ikot petua nie.mmg habis bersepah la katil dgn garam.haha.dah satu hal tido dgn garam ibu n papa.tp petua ni gagal sbb kalau tgh2 malam zafra bgn nak susu n then garam dah berterabur atas katil so xde effect.zafra pon bahagianye menyusu semula.

2)guna asam jawa
Masa ikot petua nia.almost 3 hari gakla zafra xmenyusu.ibu ingt dah berjaya dah la time tu.tp nan hadoo.masuk hari ketiga dia lg pandai.dia akan jilat2 sampai rs masam tu hilang pastu sambung susu balik.so tips ni pon kelaut.hahaha.

3) guna lada hitam
Tips ni xberjaya langsung.sbb lada hitam kan serbuk.belum sampai kat katil serbuk tu dah berterbangan.plus dpt hadiah nenen ibu yg pijo.hahaha.

4) guna panadol
Tips ni ibu xsampai hati nak guna.penah hancurkan panadol tp nak letak tu x sampai hati sbb tahu paracetamol xbaik utk budak.

5) guna minyak gamat yg berangin.
Yes.seminggu guna tips ni.dan hasilnye..tadaaa..alhamdulillah zafra dah berjaya wean off.kalau nak guna tips ni make sure minyak tu budak boleh makan taw.mmg diorg xnak langsung.first mungkin sbb bau susu dah xde kot.yg ada bau gamat je.busuk.hahaha.setiap kali zafra minx ibu siap sapu2 depan zafra.terus zafra ckpp eii picyyy.no.lama2 keinginan nak menyusu tu dah xde.


Selain tu nak putus susu ni kene bnyk kali kuatkan hati n bersabar.mmg zafra agak cranky bila nak putus susu.nangis xhenti.as a mak lgla sedih bile tgk anak kau nangis minx susu.tp papa bnyk motivate ibu pujuk hati ibu.ckp actually zafra just nak oral pleasure je.selain pakai  tips2 letak mende bukan2 tu actually here some advice yg ibu guna sebelum wean off zafra.

1) husband kene bnyk bg support.
Kdg2 mmg down gile2 bila nak ptus susu ni.satu sbb emosi.bila bf ibu rs zafra sgt2 attach sgn ibu.mcm mana merajuk ke ibu marah ke nak tido zafra tetap akan carik ibu.tp bila nak wean off akan rs after this anak akan boleh independent sendiri bila lapo.tu yg sedih.sbb tu kene ada husband yg sentiasa bg moral support.n Alhamdulillah papa adalah manusia yg terbaik yg xpenah failed support ape pon yg ibu buat.love you papa😘😘

2) fizikal yg mantap.
Hahaha.time nak wean off antara waktu mencabo ialah waktu tgh malam.sbb dah terbiasa kalau anak nangis just selak je.terus settle.tapi bila nak wean off korg xboleh buat mcm tu.kene sacrifice sikit bgn pujuk2 anak n buat susu.walaupun mata cam geli2 nak bukak n bantal memanggil2 suh baring.mmg betul dua minggu nak wean off adalah tempoh paling mencabo dlm hidup.hahaha.

3)jgn wean off terus.
Ada sesetengah blog or org yg aku jump advice jgn bagi terus.means jgn pagi pg n mlm.tp bila tanya paed kat sini diorg advice buat step by step.means seminggu korg try dulu utk wean off masa waktu siang.bila anak dah berjaya xmenyusu waktu siang baru sambung waktu malam.sbb kalau putus terus korg akan buat anak tu feel very depressed.yela dua tahun relationship tu korg terus xnak bg langsung xke meroyan anak kau.

4) selalu pujuk anak.
Masa nak wean off tu selalu peluk anak.pujuk n ckp.ape yg korg buat ni for their own good.korg bukan xsygkan dia.tp sbb terlalu syg la korg kene wean off.ini masa utk anak korg belajar berdikari.lama2 anak akan terpujuk n percayala diorg sendiri akan paham.

5) jgn gatal2 offer balik.
Bila dah berjaya wean off dlm sehari dua.kalau anak ok jgn pulak korg tetibe gatal offer kat anak balik.hati kene kental n cekal n fikir this is for your own daughter/son good.

6)berlapang dada n think positif
Setiap kali nak buat perkara betul mmg normal la korg akan dgr suara2 jahat ckp betul ke keputusan korg.xjahat sgt ke nak buat.xtakut ke nanti anak xsayang.frankly speaking ms mula nak wean off ibu takut kalau lepas ni mesti zafra dah xperlukan ibu lg dlm hidup zafraπŸ˜‚πŸ˜‚.tp sebenarnye tu hanya mainan emosi semata2.zafra is still zafra.yg masih carik ibu masa mula2 nak tido n bgn tido.xkurang pon rs syg zafra kat ibu.so sila buang jauh2 perasaan berbelah bagi tu ye.

7)bnyk2 berdoa n tawakal pda Allah
En husbeng selalu ckp,yg penting kita dah usaha.berjaya atau x kita serah pda Allah.kalau kita rasa niat kita baik inshallah Allah akan permudahkan segalanya.ada org ckp dgn aku 2 years is too early utk wean off mcm xberhati perut je nak stopkan bf anak umur 2 tahun.tapi bila aku bgtahu paed kat sini (qatar) dia siap sebut potongan ayat dlm al quran sendiri dah ckp susukan anak sampi 2 tahun.so sape kita utk ragu ape yg Allah dah bgtahu mmg terbaik utk anak kita.keputusan aku utk wean off zafra is the best decision katanya.sbb anak lepas dua tahun diorg minx susu ibu or breastfeed bukan sbb lapo tp more than oral pleasure sdgkan mende tu xbagus utk gigi diorg.kemungkinan utk jd jongang tu ada.ni bukan aku yg ckp diorg yg ckp so kalau salah maksudnye paed tu membongak akula tu😁.so time tu auk mcm lg kuat utk wean off zafra terus.

Tu je kot tips nak bg.yg aku guna sepanjang nak wean off zafra.

So finally berakhirla,breastfeeding journey ibu utk zafra.mmg payah mmg susah tp bila pikir2 balik sgt manis utk ibu kenang.ibu harap zafra halalkan ape yg ibu dah termampu bg utk zafra.ibu dah cuba yg terbaik.n ibu halalkan setiap titik susu ibu utk zafra.semoga zafra membesar jd anak yg solehah,baik ,sihat n berjaya dunia akhirat.i love you sooo much zafra.😘😘

Harap2 sepertimana ibu berjaya susukan zafra utk dua tahun yg penuh liku n ranjau ni,mcm tu jugala ibu berjaya utk susukan adik2 zafra yg lain.Amin.

Ok tu je.k bye.

Tq sudi baca.😁



Confusing!

Hi assalamualaikum...

Actually ms sebelum mengandung lagi aku dah confious nak bahasakan diri ape bila dpt baby nanti.πŸ˜‚.kemain excited kan.dah berangansss..

N then after 3 month kawin.we got a good news said that i am officially pregnant.hahaha.kemain officially sgt.so time tu first thing haku pikir nak bahasakan diri ape.

Niat hati mmg nak bahasakan diri ibu sbb arwah ibu kan.n aku mmg xnak dia panggil aku mama.no no no.sbbnye? Sbbnye dirahsiakan.haha

Tp husbend said ibu mcm xglomour so ok fineee..xpe.

Pikir punya pikir then ms zafra dlm perut selalu bahasakan diri mummy.kira okla boleh terima mummy papa.hahaha.
Sampaila zafra lahir.aku bahasakan diri mummy.

Tp bila zafra dah keluar bahasa pelik2 dia tetibe satu hari ada bunyik mcm nie when i asked her "who am i"  and aku tlg jawab "mummy".aku tanya aku jawab balik muahahaha.

suddenly she said something like this..buuu blehh..buu bleyy.

Aku ingat aku sorg je dgr rupanya ramai lagi.diorg ckp dia nak ko bahasakan diri ko ibu tu kakak.so i was so happy.maka bermulala ibu ibu disana sini.

But today.all of sudden she came into the room and asked me.

"mama..meii.maamaa.. "

I was like "what??mama???of pls no zafraaaaaaa!!ibu is enough zafra"

__________ sigh____________________

Ok tu je nak cite.tq sbb sudi baca.bye 

5 sbb duduk oversea best!!

Bismillahirahmanirahim.

Hi suma.sorry lama xmenaip.sbb busy satu.and dua pon busy lg.skang aku mmg fully housewife.means aku la masak aku la jaga anak akula tukang bersihkan rumah.

Walaupun ada org dtg kemas tp still kene kemas sbb diorg dtg kemas 2x kali seminggu.bersepahnya tiap2 minit sehari.maklumla sejak ada budak debab yg rajin mengemas nie rumah bersih sgt.(tgn di bahu).

Fully house wife sbb skarang dah xde mak midah dah kat qatar nak tlg tgkkan zafra.lesen kete pon xde lg nak drive compare kat malaysia kalau aku malas start kete terus g carik makan nak mencekik.kat sini malas.perut nyanyila lagu keroncong.ok stop merepek.back to our discussion.pergh.hahahha.

Hari tu join playdate dgn malaysia community.tp xde la ramai sgt.ada la dlm lima nam org.tu kira first time la tu aku campur dgn org without my husband.dia keje satu hal n suma mak2.so dlm kitorg borak2 tetibe ada akak nie tetibe bg aku reason nape dok kat qatar or dok oversea nie best.(aku xminx pon.dia yg rela nak bg idea).hahaha.tp bila pikir2 balik betul gak.yg nie aku taip berdasarkan opinion aku sendirila.akak tu punya opinion aku dah lupe.kahkahkah.

1.only our small family
Kalau dah dok oversea mmg ko laki ko anak ko.so relationship tu mmg kuat.sbb nie jela manusia2 yg akan korg ada n jumpa mostly setiap hari.nak gado pon pikir kang kalau aku tarik muka kang dgn sape aku nak cakap.plus aku notice bila dok jauh nie relationship aku dgn asbeng lg kuat kot.jumpa tiap2 hari.lunch pon dia balik umah makan kat sini.yg kat malaysia kitorg xpernah langsung buat.


2.xde mslh family
Xde mslh family tu means xde intefere dr mana2 side family.alhamdulillah sepanjang aku kawen for time being aku mmg xde mslh langsung dgn family in law aku.cuma sbb kitorg dok jb dekat dgn family aku so pham2 jela.kat sini hanya aku dia n kamu.so nak buat ape2 pon xpyh pikir org lain as long as ko n laki ko happy.dah full stop.hahahaha.lg pon kitorg jd adilla sikit xde balik jb sgt xde balik terengganu sgt.adil n saksama gitchuuu.

3.better education for kids
Yeap yg nie aku agree.bukan nak ckp kat malaysia education xbagus.bolehlaaa.tp aku notice kat malaysia esp kat jb sgt susah ok nak crk earlylearning education centre.sgt susah ok.kat sini alhamdulillah berlambak.even korg boleh pilih nak anak korg sekolah mana uk foundation?us?french?canadian?as long as korg ada fulus suma siap.settle.plus kat sini atleast anak aku bolehla belajar other language also.means better utk dia.harap2 balik boleh cakap arab.hahaha.

4.learn other culture
Ada org ckp dgn aku.alahh nak learn other culture melancong pon boleh.mmgla melancong pon boleh.tp setakat melancong paling lama dua minggu ape sgt la yg korg boleh belajar?at least aku boleh la belajar cara mskn diorg.cara hidup.setakat dah sebulan dok sini alhamdulillah tekak aku dah bolehla telan hommus n olive salad.satu pencapian utk anak chef bob yg cerewet makan nie.hahahha.

5.more independent
Yg nie pon aku setuju.kalau kat jb kalau let say aku sakit ke busy ke.boleh ngelat suh mak midah jagakan zafra.dia lebih de happy.maklumla budak debab tu kan cucu first suma lebih dr sanggup utk jaga dia.tp bila dah dok jauh nie.xkanla setakat demam2 biasa tu ko nak suh laki ko amik cuti.silap2 bos dia bg cuti terus dah haru.satu lg aku perasaan aku jd lg creative.kalau kat malaysia nak masak aku jenis ikot bulat2 resepi sebb aku takut kang lauk aku xsedap mcm bapak ngan ibu aku masak.hahaha.kat sini nak pakai kaedah tu mmg xberasap la dapur.jgn kata lebih asam keping pon aku xjumpa kat sini.so korg pikir???hahaha.


Actually xsuma mende manis.mcm dlm hidup kalau suma nak baik bila nak belajar utk baiki diri.walaupun ada kebaikan tp ada gak keburukan mcm let say ari tu ada kematian aku xdpt balik tgk.tp bak kata asbeng aku life is a risk.n life must go on.we need to adjust thing accordingly.so kita enjoiice!!!renung2 kan n selamat beramal.
 
Copyright © farhana azeruddin | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in